Followers

Sunday 3 June 2012

Persatuan Seni Sifar Persembahan

Salam blogger semua, sekali lagi saya ingin berkongsi mengenaikan persembahan seni yang ada di negara kita.. 
Pada hari selama, Sabtu satu kumpulan dinamai Persatuan Seni Sifar Persembahan membuat persembahan di Sarawak Tourism Center (STC). Kumpulan ini membuat persembahan seperti lagu puisi, lagu rakyat sarawak, qasidah, dan lain-lain. Kumpulan ini pernah menjadi johan dalam Festival Teater Malaysia pada tahun 2008. Kali ini, saya akan bercerita sedikit sejarah kemenangan persatuan ini.

Kemenangan Sarawak telah mencipta sejarah baru dalam dunia pertandingan teater tanahair. Kemenangan yang disifatkan oleh juri-juri dan aktivis teater di semenajung sebagai besar ini telah berjaya memenangi 5 anugerah dari 8 yang dipertandingkan. Antara anugerah yang berjaya dimenangi adalah Johan, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Pelakon Harapan Lelaki.

Apa yang lebih menarik iaitu majoriti pelakon-pelakon dalam teater terdiri daripada anak-anak mudah yang sebelum ini tidak pernah kenal erti teater. Menjadi satu pujian harus diberikan kepada mereka kerana berjaya mementaskan lakonan cukup menarik. Dengan bakat yang ada dalam diri mereka seharusnya sentiasa diasah dan digilap semoga akan kekal dalam diri mereka.




Info sumber & gambar dari : PYIANJ

2 comments:

  1. meh join contest nie.
    seriously awesome prizessss. :D

    http://nabillapolkaaa.blogspot.com/2012/06/mega-tech-giveaway-by-mizzsninie-cikmun.html

    ReplyDelete

I LOVE BELOG KITAKKAMEK