Followers

Friday 8 June 2012

Selepas Terima Gaji dan Sebelum Terima Gaji. Pening

Menerima gaji adalah sesuatu yang sememangnya ditunggu oleh kelazimannya adalah para pekerja yang telah penat bekerja untuk mencapai sesuatu misi syarikat. Tetapi ini pula lain kisahnya, iaitu perbezaan sebelum dan selepas menerima gaji.

Sebelum menerima gaji:

Selalunya ramai diantara rakan kita berkata " isk bila lagilah gaji nak masuk , emm.. berapalah gaji aku bulan ini." , ada juga diantara yang meminjam duit rakan - rakan sekerja sambil berkata " bro.. aku nak pinjam duit ko rm100 ok , ujung bulan aku settlekan" . Itu adalah perkara lazim yang berlaku diantara kawan sekerja .

Kepala sememangnya pening memikirkan perbelanjaan yang bakal dikeluarkan lebih-lebih lagi kepada sesiapa yang "kurang" untuk berjimat.

Pujuk rayu perkataan "pinjam duit" adalah perktaan lumrah bagi orang yang bekerja. Bila difikirakan balik, pinjaman yang dibuat dari individu kekadang melebihi nilai gaji sebulan. Itu kisah sebelum menerima gaji.


Selepas terima gaji:

Setelah gaji diterima maka fikiran mulai bercelaru , dimana yang berhutang akan membayar hutang tidak kiralah hutang along , hutang motor serta hutang singer seperti mesin basuh itu belum masuk lagi hutang kawan - kawan .

Ramai diantara kita masih memikirkan gaji masih tidak mencukupi walaupun gaji dalam lingkungan 1 ribu ke 2 ribu sebulan bagi yang bujang , memang betul kata orang , manusia tidak pernah puas dengan apa yang ada dan semua dirasakan tidak mencukupi.

Hujung tahun ini merupakan permulaan tahun yang baru 2011 itupun kalau ramalan bumi kiamat 2012 hanyalah omongan kosong dan kalau benar pun kita hanya berserah sahaja.

Secara kesimpulannya manusia tidak akan pernah berasa puas dengan apa yang dimiliki.



SUMBER DARI : Pengerindu

4 comments:

  1. Thank for Linked. Selamat Hari Gawai 2012.

    ReplyDelete
  2. mmg tak cukup, tp kene la syukur dgn rezeki yg ada...insyaAllah...Allah akan murah kan rezeki kite...

    amin

    ReplyDelete
  3. Mr. J : Welcome, Happy Gawai 2012..

    ReplyDelete
  4. Afasz : yelah kan.. belanja ikut kemampuan kite.. Amin.

    ReplyDelete

I LOVE BELOG KITAKKAMEK