Followers

Wednesday 6 June 2012

Tips Mengatasi Stress

Assalamualaikum kepada pembaca budiman sekalian, sudah beberapa hari saya tidak 'update' entri saya dek kerana 'kebuziaan' yg saya alami. Okey , hari ini saya nak berkongsi sedikit tips untuk mengatasi stress. Dah tengah tahun nie banyak benda kena dibuat. Diharap semuanya berjalan dengan lancar, banyak bersabar dan mintak dari Allah SWT. Disini ada beberapa tips yang saya ingin kongsikan.. antaranya :

1. Tidur Sejenak
Tidur sejenak selama 30-45 minit untuk merehatkan otak kita. Seperti apa yang dinasihati oleh guru saya , beliau mengatakan waktu tengah hari adalah waktu untuk berehat setelah melakukan kerja-kerja pagi. Begitu juga kepada yang masih belajar.Berdasarkan  John F Kennedy dan Salvador Dali, orang-orang yang ternama akan memanfaatkan masa siang untuk tidur sejenak bagi menyegarkan kembali tubuh badan mereka.

2. Pengurutan
Anda boleh meminta pertolongan dari seseorang mahu pun keluarga dan rakan anda untuk mengurut anggota badan anda seperti mengurut sendi-sendi dan otot. Tidak salah sekiranya anda berkunjung ke pusat rawatan professional, pastikan sudah berdaftar yer...

3. Mendengar & Melihat Material Berbentuk Hiburan
Jadilah seorang yang positif dan kreatif, anda boleh melihat cerita-cerita yang menarik di televisyen, mendengar lagu yang anda gemari. Ataupun, pergi ke tempat-tempat yang mendamaikan.

4. Heart-To-Heart-Season
Tidak salah untuk meluah perasaan kepada orang yang boleh kita percayai. Intu pun boleh melegakan perasaan anda yang sedang tertekan. Carilah rakan yang selesa untuk anda meluah perasaan

5. Kerap Ketawa
Sentiasa menunjukkan wajah yang tenang ketika tertekan. Anggaplah sesuatu itu sebagai objek yang bergerak dan sesuatu yang melucukan. Cara sebegini mampu untuk kita meringankan tekanan.

*sila komen & bagi pandangan anda jika ada kekurangan dan cadangan. Kongsikan bersama.

Sumber dari : e-kesihatan


No comments:

Post a Comment

I LOVE BELOG KITAKKAMEK