Followers

Monday, 24 December 2012

fever day!

hari mai ambek MC,, tak sihat lah sangat2. bangun pagi kepala rasa terit & berat sangat.. ubat takda kt umah nie.. cuma pil selsema jer ada. mai makan lah pil selsema, tp taak ada kesan pun.. mai minta tolong si dia tue beli pil .. pil yg dia beli tue demam/ sakit kepala & immune body..... lepas mkn pil tue, mai tido japp bgn jer dr tido terus berpeluh2 badan tak selemah tadi...

angkat. bangun . mandi jam 3petang. teringat kt healthcare yg mak bagi tue kt rumah telaga air. jauh tue.. paksa lah ambik supaya tidak keluarkan duit sendiri.. singgah jumpa dr khaira. baek sangat lah doktor tue,, siap dah kenal family mai lagi tue. Okey mai nak makan pil & berehat dulu.

Wednesday, 28 November 2012

# Novel : Musuhku, Suamiku

Penulis : Zuera Rasiddin
Diterbitkan oleh : Fajar Pakeer





Tanpa rela dan terpaksa, Lysa Lafisya terpaksa menerima hakikat yang musuhnya, Rafeeqi, sudah bergelar suami kepadanya. Mahu ataupun tidak, dia terpaksa akur dengan kehendak takdir walaupun dia pasti dan yakin ada dalang di sebalik apa yang menimpannya.

"Hei, perempuan! Apa yang kau letak dalam minuman aku? Macam mana aku boleh ada dalam bilik kau? Kau memang nak perangkap aku, kan? Apa motif kau, hah? Kau nak harta aku? Huh dasar anak yatim piatu. Lesbian pulak tu!"

Itu tuduhan Rafeeqi terhadap Lysa Lafisya. Pedih memang pedih. Tapi, siapa dia mahu menegak benang yang basah? Beribu kali dia cuba meyakinkan Rafeeqi sekalipun, pasti lelaki itu tidak mempercayainya. Sungguh, itu fitnah! Tapi, dia hilang punca untuk membuktikan.

"Hisy, tengok ni apa kau dah buat? Habis tercabut selendang aku. Baju aku pun dah basah."

Saban hari duduk bersama, perang tetap perang, namun sudah ada selingan tawa dan bicara lembut. Hubungan yang dulunya dingin, perlahan-lahan bertukar mesra. Ikatan persahabatan diikiat. Namun, sampai bila? Dalam diam, hati sudah ada benih cinta.

Selama mana hubungan persahabatan itu akan dikekalkan? Apakah perhubungan itu akan bertukar? Hati siapa yang bakal ada benih cinta? Berantakan atau bahagiakah hubungan yang diikat? Adakah musuh akan kekal jadi musuh? Atau, musuh akan bertukar menjadi suami yang benar-benar suami?

Sunday, 25 November 2012

# Novel : Isteri Separuh Masa

Penulis : Suri Ryana
Diterbitkan oleh : Kaki Novel Enterprise


Medina Izwani merupakan anak yatim piatu. Semenjak kecil lagi Medina Izwani tinggal bersama keluarga angkatnya kehidupan dia sangat mewah kerana menumpang kebahagiaan ibubapa angkatnya. Nazrin Shah seorang abang angkat yang sangat penyayang dan tegas. Namun, sesudah usia Medina Izwani meningkat 17 tahun perasaan Nazrin Shah semakin benci terhadap adik angkatnya. Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca orang tuanya tidak menerima Zita, kekasihnya sebagai menantu. Tamat sahaja SPM Medina Izwani ditunangkan bersama Nazrin Shah. Perasaan terhadap Megat Shazril telah lama dibuang jauh-jauh oleh Medina Izwani dan Nazrin Shah menyimpan perasaan benci terhadap Medina Izwani. Kerana risau akan kesihatan nenek, mereka terpaksa bersetuju untuk diijab kabulkan selepas Medina Izwani tamat pengajian di Matrikulasi. Tika berusia 21 tahun, Medina Izwani sudah bergelar seorang isteri kepada Nazrin Shah dalam masa yang sama masih sudah menyambung pengajian Ijazah di Universiti Sains Malaysia (USM). Malah keadaan semakin rumit apabila Nazrin Shah merupakan tutor dia sendiri. Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai perihal isterinya. Apakah penghujung kisah mereka? Mampukah Medina Izwani mengalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan juga mahasiswa? 




untuk lebih lanjut sila KLIK link dibawah :

Website KakiNovel
Jom Follow Blog KakiNovel
Klik Like Facebook KakiNovel
Mari Tweet KakiNovel
emel: admin@kakinovel.com



Cuti Panjang

hello semua, lama tak update yer~!
nak kata ape yer? oh ya, Mai sudah habis belajar peringkat Diploma. 
Alhamdulillah, my cgpa mencukupi syarat untuk menyambung pelajaran peringkat Ijazah di UiTM / Unimas.
Mai cuma habiskan masa dengan membaca novel jer.
Novel abg & my aunt .. dia org kasi pinjam.. bubbye. 

Sunday, 7 October 2012



Tak~ Biar dia salah sangka, biar dia salah anggap, biar salah menduga, biar dia tahu yang buruk, sebelum dia mengharap yang baik. Kerana kalau dia ikhlas, dia akan sedia menerima kekurangan yang ada. Biar dia tahu saya tak pandai ini, tak pandai itu. Biar dia tahu, saya tak mampu memenuhi expectation dia yang tinggi melangit itu. Biar dia tahu saya pernah mempunyai masa lalu. Biar dia tahu, biar dia buat keputusan suapaya dia tidak rasa tertipu :)

Friday, 5 October 2012

My Persian Cat

Selamat malam semua, hari ini dah hari sabtu. Dah pepagi buta dah nie. 
kali nie, baru ada kesempatan nak post dalam blog, yelah dah habis diploma.. hooreyy!
kali nie, Mai nak post pulak kucing peliharaan dirumah. 
Asalnya dulu family ada bela seekor kucing nie, nama dia Abu. dah takde lagi dah. 3 tahun yg lepas dah takda.. lepas tue, abg mai terjumpa anak kucing yg baru lahir.. ibu kucing tu pulak dah mati disebabkan termakan racun (rasanya kot). entah sapa punya angkara.. 
kt anak kucing tue siap beli ape yg mcm injection utk anak kucing tu minum. kecian, baru lahir sepatutnya kena menyusu ibu dia.. malangnya, ke dua2 anak kucing tu mati jugak.

sekarang nie, di rumah ada 4 ekor kucing parsi. tue semua abg mai yg punyai. dia cuma kasi mai seekor jer. 
Okey lah tueee, abg mai siap ajar bagaimana nak jaga si anak bulus nie.

 

kucing yang first sekali dibeli namanya Pricess Mea Vierra, memang sayang kt dia nie.
diaaa sangat lah comel, mula2 mai tak peduli sangat bunyi kucing dalam bilik. semakin nyaring miaw miaw..
mai tengok .. wahh kucing bebulu tebal..kiut eh. memang tak pernah nak ada kucing mcm tue kt umah. almaklom kucing mahal. dia nie, tak suka bergaul dengan kucing yang lain walaupun sama baka. dia kan princess kan??

Ariesss,, firstly nak bagi nama dia nie Ferrari. nama keta gitu. dia nie sangat-sangatlah nakal, suka sangat bermain. bila main cepat ampus (sesak, lelah). satu2 nya jantan dalam kucing peliharaan. Adik si Aries nie nama nya White Lady.. memang2 bulu dia macam White Tiger. takkan nak bagi nama dia White Tiger kan?
suka tengok muka dia nie, mcm soft jer dia nie. serumah dengan Aries, kecian dia dibuli Aries hari2.
Mai hanya bela si Lady nie jer, kenalah kuarkan duit beli cage, makanan, tempat pembuangan kotoran, tisu dan semua barang keperluan dia.

yang gambar last sekali tue, apple. kawan abg yg bagi. yang nie paling senior
bab tue muka ada garang sikit. umur dia tiga tahun. Apple nie Persian kacukan Exotic Short Hair.
bab tue bentuk muka dia lain sikit. bulat2 jer..

Sebelum terlupa, nie ada seekor lagi nie Shiko.


tengok dia.. keciankan?? dia nie sebenarnya tak terjaga oleh tuannya..
mai tengok depan mata memang kurus kering kucing nun.
umur dia 2 bulan. besar tapak tangan mai jer.
abg mai & kwn abg kasi jaga dia.. bagi wet food & air susu
keadaan dia teramat lemah seoleh2 tunggu ajal jer
alhamdulillah shiko semangat nak teruskan hidup, dah berisi, kurang lah monyeng dia, bermain pun sudah pandai.
yelah, daripada tak terjaga baik bagi & jual kt orang lain daripada kita menyeksa nyawa kucing. 

Thursday, 6 September 2012

Sunday activities!~

Salam pembaca belog sekalian, sekarang nie Mai berada di Daro. kt mane tu yer?? Daro tue adalah sebuah daerah yg berada di atas Bahagian Sibu. Buat pe kat saner? Nanti Mai update yer entry seterusnya nanti. 

Firstly mai pegi autoshow di crown tower, di mana kebykan terkumpul pengemar kereta sport di situ. Terdapat jugak k-car yg lain-lain jugak ada kt situ.
ingatkan nak jumpa kejap si abam 'Wira Putih' , terus je kt situ dia kata kawan dia ajak pegi makan.
tunggu jer lah, mana tau dia makan tak lama kan. Sambil-sambil tungu terus p ambik gambar kereta-kereta kt sana. Cuaca sangat-sangatlah panas. p jalan-jalan kejap terserempak pulak geng abam 'wira putih' gelak-gelak ketawa sambil borak. entah nape rasa macam tak diundang & x dilayan datang kt sana. Sudahlah datang sorang-sorang, tak dilayan pulak tue. kecik hati. terus mai whatsapp kt dia, mai nak balit tak dapat tunggu. abam 'wira putih' apa reply kata sory bebanyak. mai terus drive keta tak nak lagi baca.

                                            pastu sampai je kt kampung nak pegi jengok kejap aktiviti di kampung 'Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Telaga Air'. startnya pukul 2. ramai ngak yang datang ke kampung untuk menghadiri aktiviti. tapi tak nampak pulak langsung pendebat-pendebat dalam group tue. mgkn ahir sikit kot. mana tak nya org muda katakan.

                                             nak charge camera pulak, tggl 1 bar saja lagi. pasnie nak pegi pulak photoshoot dengan my mate darjah 1 dulu2.. mana bleh cancel, nanti kecik hati diorang tu. sampai sudah masa, photoshoot pun dijalankan di highway selang - sematan. actually jalan tue belum sampai ke sematan, blum siap. di hujung jalan , hanya jalan pusing balik nak pegi ke Kuching. kami ambek port di tengah-tengah jambatan. ada gak org yg lepak kt sana. photoshoot hari tu memang seronok. nanti mai upload sedikit gambar dalam ini k..


I LOVE BELOG KITAKKAMEK